BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 19, 2010

10 Keistimewaan Orang Yang Berpuasa


Sayyid Muhammad bin Alwi Al Maliki mengatakan orang yang berpuasa mempunyai 10 keutamaan yang diberikan Allah, di antaranya ialah:


Pertama, Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di surga yang dinamai Al Rayyan. Pintu surga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang berpuasa.

Kata Nabi dalam satu haditsnya, pintu Rayyan hanya diperuntukkan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka tak ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR. Ahmad dan Bukhari-Muslim).


Kedua, Allah telah mengfungsikan puasa umat Nabi Muhammad saw sebagai benteng yang kokoh dari siksa api neraka sekaligus tirai penghalang dari godaan hawa nafsu. Dalam hal ini Rasul bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqi). Rasul menambahkan pula bahawa puasa yang berfungsi sebagai perisai itu layaknya perisai dalam kancah peperangan selama tidak dinodai oleh kedustaan dan pergunjingan. (HR. Ahmad, An Nasa`i, dan Ibnu Majah).


Ketiga, Allah memberikan keistimewaan kepada ahli puasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik. Sehingga Rasul bertutur demikian, “Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih semerbak di sisi Allah dari bau minyak misik.”


Keempat, Allah memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak. Orang yang berpuasa dalam santapan bukanya meluapkan rasa syukurnya dimana bersyukur termasuk salah satu ibadah dan dzikir. Syukur yang terungkap dalam kebahagiaan kerana telah diberi kemampuan oleh Allah untuk menyempurnakan puasa di hari tersebut sekaligus berbahagia atas janji pahala yang besar dari-Nya. “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan. Yaitu berbahagia kala berbuka dan kala bertemu Allah,” kata Rasul dalam hadits riwayat imam Muslim.


Kelima, puasa telah dijadikan oleh Allah sebagai medan untuk menempa kesehatan dan kesembuhan dari beragam penyakit. “Berpuasalah kalian, niscaya kalian akan sehat.” (HR. Ibnu Sunni dan Abu Nu`aim).

Abuya menegaskan bahawa rahasia kesehatan di balik ibadah puasa adalah bahawa puasa menempah tubuh kita untuk melumatkan racun-racun yang mengendap dalam tubuh dan mengosongkan materi-materi kotor lainnya dari dalam tubuh.

Menurut kerangka berpikir Abuya, puasa ialah fasilitas kesehatan bagi seorang hamba guna meningkatkan kadar ketaqwaan yang merupakan tujuan utama puasa itu sendiri. “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Qs. Al Baqarah: 183).


Keenam, keutamaan berikutnya yang Allah berikan kepada ahli puasa adalah dengan menjauhkan wajahnya dari siksa api neraka. Matanya tak akan sampai melihat pawai arak-arakan neraka dalam bentuk apapun juga. Rasul yang mulia berkata demikian, “Barangsiapa berpuasa satu hari demi di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. Ahmad, Bukhari-Muslim, dan Nasa`i).


Ketujuh, dalam Al Quran Allah berfirman, “Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Qs. At Taubah: 112).

Sebagian ulama ahli tafsir menerangkan bahawa orang –orang yang melawat (As Saihuun) pada ayat tersebut adalah orang yang berpuasa sebab mereka melakukan lawatan (kunjungan) ke Allah. Makna lawatan, tegas Abuya, di sini adalah bahawa puasa merupakan penyebab mereka (orang yang berpuasa) bisa sampai kepada Allah. Lawatan ke Allah ditandai dengan meninggalkan seluruh kebiasaan yang selama ini dilakoni (makan, minum, mendatangi istri di siang hari) serta menahan diri dari rasa lapar dan dahaga.

Sembari mengutip Al Quran pula, Abuya mencoba menganalisa surah Az Zumar ayat 10: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” Kata Al Maliki, orang-orang yang bersabarlah maksudnya adalah orang yang berpuasa sebab puasa adalah nama lain dari sabar. Di saat berpuasalah, orang-orang yang bersabar (dalam beribadah puasa) memperoleh ganjaran dan pahala yang tak terhitung banyaknya dari Dzat Yang Maha Pemberi, Allah swt.


Kelapan, di saat puasa inilah Allah memberi keistemewaan dengan menjadikan segala aktifitas orang yang berpuasa sebagai ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Kerananya, orang yang berpuasa dan ia meninggalkan ucapan yang tidak berguna (diam) adalah ibadah serta tidurnya dengan tujuan agar kuat dalam melaksanakan ketaatan di jalan-Nya juga ibadah. Dalam satu hadits riwayat Ibnu Mundih dinyatakan, “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipatgandakan (pahalanya).”


Kesembilan, di antara cara yang Allah kenakan dalam memuliakan orang yang berpuasa, bahawa Allah menjadikan orang yang memberi makan berbuka puasa pahalanya sama persis dengan orang yang berpuasa itu sendiri meski dengan sepotong roti atau seteguk air. Dalam satu riwayat Nabi bertutur seseorang yang memberi makan orang yang puasa dari hasil yang halal, akan dimintakan ampunan oleh malaikat pada malam-malam Ramadhan…… meski hanya seteguk air. (Hr. Abu Ya`la).


Kesepuluh, orang yang berbuka puasa dengan berjamaah demi melihat keagungan puasa, maka para malaikat akan bershalawat (memintakan ampunan) baginya.


Wednesday, August 18, 2010

ramadhan.....(bazaar)


Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...
Sempena Bulan Ramadan yg penuh barokah ni,terpanggil pula ana kali ni nk kongsi sedikit tentang bazaar ramadan..eh,knp tbe2 ckp pasal bazaar ramadan dlu? knp bukan nk ckp pasal niat puasa ke..cara solat tarawikh ke...xpon waktu2 sahur dan berbuka di seluruh Malaysia??? senyum simpul shj ana sendirian di sini tatkala memikirkan persoalan demi persoalan yg bakal menjelma di benak & fikiran antum semua..
Sebab pertama mengapa ana ingin berkongsi perihal ini adalah kerana bazaar amatlah sinonim dan lebih 'dekat' dgn kita sepanjang bulan ramadan,klu nk dibanding dgn jarak surau,musollah mahupun masjid..betol ke tidak,itu ana xmahu sentuh..apa yg ana nk sentuh adalah tentang bazaar itu sendiri..


Beberapa hari yg lepas,kita dikejutkan dgn berita iaitu 'bazaar terbang'..ehhhhhhhh bazaar terbang..? macam mana pulak tu? Baiklah,ana pn tiada niat nk bermain teka teki..ingatkah atau pernah kah antum terdengar ttg peristiwa angin kencang ataupun ribut yg melanda  secara tiba2 di bazaar ramadan yg terletak di Melaka? ketika itu ramai (mmg ramai) umat Islam mahupun bukan Islam 'berjemaah' mahupun 'solo' sedang asyik memilih & membeli juadah..para penjual pula jgn cerita,mmg sibuk & tak menang tangan nk layan para pelanggan sampai berpeluh-peluh dibuatnya (iyalah,kn mmg ramai org yg datang)..usai shj ribut,habis payung-payung&khemah-khemah penjual bertebangan bersama jualan masing-masing. manakala si pembeli pula, ada yg terpinga-pinga,ada yg terkejut,ada yg lari lintang pukang menyelamatkan diri/juadah yg sudah dibeli..


kita yg mendengar dr kejauhan pn boleh bayangkan keadaan yg kelam kabut ketika itu,inikan pula keadaan pada Yaumul-Akhir nti....? haaaaaaaaaaaaa...........inilah 'isi' atau 'motif' yg ana ingin dikaitkan di sini..YAUMUL-AKHIR=HARI AKHIRAT..pasti ada yg berkata "isyyyyyyyyyyy berat sgt topik ni..boleh ke die ulas dgn baik?" klu benarlah ada yg berkata demikian,hmpir tergelak lah ana di sini..mengapa???? topik "AKHIRAT" pd hemat ana tidaklah terlalu berat mahupun terlalu ringan..kerana suatu hari nanti kita semua akan menghadapinya,yg pasti janji ALLAH itu benar...akhirat itu juga benar...

ada beberapa highlight yg ingin ana nyatakan :-

1) bazaar ramadan adalah tmpt kita m'beli juadah berbuka puasa..

     ok...berbuka puasa..pd jam berapakah waktu utk kita berbuka puasa di sekitar Malaysia? 
     (di tmpt sy,pada sekitar jam 7.08 p.m,plg awal la) kemudian, bg yg mmg dah rutinnya m'beli
     juadah berbuka, pastinya sudah bersiap sedia ingin m'beli sebelum masuk waktu berbuka. 
    pd jam berapa mahu dibeli juadah itu? adakah lg setengah jam nk msuk waktu bru beli atau
    lebih awal lg? atau paling dahsyat berbuka shj di bazaar (ini statement utk pembeli 
    bukan peniaga) kemudian,dimana pulak nk solat maghrib kalau dah masing2 sibuk cari
    kenderaan masing-masing td lupa pulak 'parking' kt mane..? igt,maghrib itu singkat~

2) sudah solat asar kah kita sebelum menuju bazaar..

     hah yg ini...pernyataan 'feymes' kata sahabat2 ana..katakanlah waktu bekerja tamat jam 
     5.00 p.m..dr pg lg dah siap2 plan nk beli apa atau nk masak apa utk berbuka nanti kn..?
     alamak,dah terlambat pulak ni.mcm mana nk beli kalau dah lambat..nanti mknn habis...
     pulakkkk..??so, 'burn' aje lah asar...ada jugak yg berkata dlm hati " alahhhh Tuhan tau sbb 
     apa..bkn ny wat benda xbaek,kita kn g bli mknn utk berbuka..maghrib nanti bleh 'qada' "
     hah,betol ke tidak...?

3) yang berniaga pn 2 x 5...

    yg berniaga,tgh hari lg sudah m'buka gerai jualan..ada di sesetengah tempat pulak..jam 8pg!
    mcm xmsuk dek akal...sahur jam 5pg,jam 8pg sudah berbuka (atau beli juadah berbuka) 
    pening kepala ana bila dengar berita seumpama ini..yg tidak berpuasa tu,sudah lah 1 hal..
    yg berniaga pn 1 hal juga..jarang dan mmg amat jarang sebenarnya bazaar ramadan yg 
    terletak berhampiran dgn masjid..kecuali lah kalau mmg dah prepare awal2 beli juadah 
    untuk berbuka di masjid, so syabas ana ucapkan...


Kesimpulannya, ana berasa agk terkilan kerana masih ramai yg tidak peka dan tidak mahu sedar akan hal seperti ini...jangan pandang kejadian atau fenomena luarbiasa menggunakan pancaindera lahiriah tetapi tafsirlah menggunakan ilmu dan akal sebagai umat Islam yg hidupnya tidak lari dari lingkungan syari'ah...

sekian...wallhu'alam

epiLoG

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga ana create/mewujudkan blog ini. Sbg p'buka bicara dlm warkah pertama blog ana ni,ana nk ucapkan ahlan wa sahlan kpd pembaca sekalian..Sebenarnya,sudah terlalu lama ana ingin "berblogging"..Terlalu ingin berkongsi rasa,berkongsi peristiwa,berkongsi pengalaman,berkongsi ilmu dan sebagainya...INSYAALLAH...
Walaubagaimanapun,sukalah ana menyatakan di sini bahawa sesungguhnya segala nikmat dan kurnia adalah milik ALLAH yg datangnya dr-Nya,hatta yg baik mahupun yg buruk.. sekian