Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirrahmanirrahim...
Sempena Bulan Ramadan yg penuh barokah ni,terpanggil pula ana kali ni nk kongsi sedikit tentang bazaar ramadan..eh,knp tbe2 ckp pasal bazaar ramadan dlu? knp bukan nk ckp pasal niat puasa ke..cara solat tarawikh ke...xpon waktu2 sahur dan berbuka di seluruh Malaysia??? senyum simpul shj ana sendirian di sini tatkala memikirkan persoalan demi persoalan yg bakal menjelma di benak & fikiran antum semua..
Sebab pertama mengapa ana ingin berkongsi perihal ini adalah kerana bazaar amatlah sinonim dan lebih 'dekat' dgn kita sepanjang bulan ramadan,klu nk dibanding dgn jarak surau,musollah mahupun masjid..betol ke tidak,itu ana xmahu sentuh..apa yg ana nk sentuh adalah tentang bazaar itu sendiri..
Beberapa hari yg lepas,kita dikejutkan dgn berita iaitu 'bazaar terbang'..ehhhhhhhh bazaar terbang..? macam mana pulak tu? Baiklah,ana pn tiada niat nk bermain teka teki..ingatkah atau pernah kah antum terdengar ttg peristiwa angin kencang ataupun ribut yg melanda secara tiba2 di bazaar ramadan yg terletak di Melaka? ketika itu ramai (mmg ramai) umat Islam mahupun bukan Islam 'berjemaah' mahupun 'solo' sedang asyik memilih & membeli juadah..para penjual pula jgn cerita,mmg sibuk & tak menang tangan nk layan para pelanggan sampai berpeluh-peluh dibuatnya (iyalah,kn mmg ramai org yg datang)..usai shj ribut,habis payung-payung&khemah-khemah penjual bertebangan bersama jualan masing-masing. manakala si pembeli pula, ada yg terpinga-pinga,ada yg terkejut,ada yg lari lintang pukang menyelamatkan diri/juadah yg sudah dibeli..
kita yg mendengar dr kejauhan pn boleh bayangkan keadaan yg kelam kabut ketika itu,inikan pula keadaan pada Yaumul-Akhir nti....? haaaaaaaaaaaaa...........inilah 'isi' atau 'motif' yg ana ingin dikaitkan di sini..YAUMUL-AKHIR=HARI AKHIRAT..pasti ada yg berkata "isyyyyyyyyyyy berat sgt topik ni..boleh ke die ulas dgn baik?" klu benarlah ada yg berkata demikian,hmpir tergelak lah ana di sini..mengapa???? topik "AKHIRAT" pd hemat ana tidaklah terlalu berat mahupun terlalu ringan..kerana suatu hari nanti kita semua akan menghadapinya,yg pasti janji ALLAH itu benar...akhirat itu juga benar...
ada beberapa highlight yg ingin ana nyatakan :-
1) bazaar ramadan adalah tmpt kita m'beli juadah berbuka puasa..
ok...berbuka puasa..pd jam berapakah waktu utk kita berbuka puasa di sekitar Malaysia?
(di tmpt sy,pada sekitar jam 7.08 p.m,plg awal la) kemudian, bg yg mmg dah rutinnya m'beli
juadah berbuka, pastinya sudah bersiap sedia ingin m'beli sebelum masuk waktu berbuka.
pd jam berapa mahu dibeli juadah itu? adakah lg setengah jam nk msuk waktu bru beli atau
lebih awal lg? atau paling dahsyat berbuka shj di bazaar (ini statement utk pembeli
bukan peniaga) kemudian,dimana pulak nk solat maghrib kalau dah masing2 sibuk cari
kenderaan masing-masing td lupa pulak 'parking' kt mane..? igt,maghrib itu singkat~
2) sudah solat asar kah kita sebelum menuju bazaar..
hah yg ini...pernyataan 'feymes' kata sahabat2 ana..katakanlah waktu bekerja tamat jam
5.00 p.m..dr pg lg dah siap2 plan nk beli apa atau nk masak apa utk berbuka nanti kn..?
alamak,dah terlambat pulak ni.mcm mana nk beli kalau dah lambat..nanti mknn habis...
pulakkkk..??so, 'burn' aje lah asar...ada jugak yg berkata dlm hati " alahhhh Tuhan tau sbb
apa..bkn ny wat benda xbaek,kita kn g bli mknn utk berbuka..maghrib nanti bleh 'qada' "
hah,betol ke tidak...?
3) yang berniaga pn 2 x 5...
yg berniaga,tgh hari lg sudah m'buka gerai jualan..ada di sesetengah tempat pulak..jam 8pg!
mcm xmsuk dek akal...sahur jam 5pg,jam 8pg sudah berbuka (atau beli juadah berbuka)
pening kepala ana bila dengar berita seumpama ini..yg tidak berpuasa tu,sudah lah 1 hal..
yg berniaga pn 1 hal juga..jarang dan mmg amat jarang sebenarnya bazaar ramadan yg
terletak berhampiran dgn masjid..kecuali lah kalau mmg dah prepare awal2 beli juadah
untuk berbuka di masjid, so syabas ana ucapkan...
Kesimpulannya, ana berasa agk terkilan kerana masih ramai yg tidak peka dan tidak mahu sedar akan hal seperti ini...jangan pandang kejadian atau fenomena luarbiasa menggunakan pancaindera lahiriah tetapi tafsirlah menggunakan ilmu dan akal sebagai umat Islam yg hidupnya tidak lari dari lingkungan syari'ah...
sekian...wallhu'alam





0 comments:
Post a Comment